rss

KO & Pengerusi 13 Mei 1969 Melawat "Penghujung Benua Asia"

Posted by AMD | Posted in

TANJUNG PIAI 10 Mei - Siapa sangka tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Siapa yang tahu! Begitulah adanya. Selepas tersebar seantero dunia berita kejayaan KPLI Pemulihan Khas meraih pelbagai kemenengan sempena Hari Aprisiasi Patriotisme dan Kenegaraan IPTHO 2009, pelbagai pihak telah hadir untuk memberi ucap tahniah. Syarikat Mudah Clean Enterprise milik Pn. Mahmudah yang beroperasi di Pontian telah berbesar hati untuk menaja 2 orang wakil KPLI Pemulihan Khas untuk lawatan ke Penghujung Benua Asia. Mereka yang terpilih adalah tidak lain tidak bukan Ketua Opsyen YB. En. Hisyam dan Y.Berusaha En. Fakhrul Anwar sebagai ketua AJK 13 Mei 1969.

Lawatan yang diadakan pada 10 Mei bersamaan dengan sambutan hari ibu ini telah membawa para peserta ke Tanjung Piai yang merupakan tanah paling hujung benua asia. Pengalaman pertama mereka ke sini telah serba sedikit menjakunkan diri mereka kerana kebiasaanya laut ada pasir tapi di Tanjung Piai hanya lumpur dan bakau sahaja. Keindahan flora dan fauna telah memikat hati para peserta yang terpaksa berjalan kaki hampir 3km menyusuri hutan paya bakau diselang seli dengan kelibat haiwan-haiwan sekitar seperti ikan tembakul, mawas, kera, ketam, anak-anak ikan dan pelbagai hidupan lain.

Di lokasi penghujung benua asia ini diadakan satu kawasan khas yang menandakan kawasan tersebut adalah penghujung. Jika anda terus juga akan terus masuk laut. Terdapat sebuah globe besar yang dipamerkan disini. Perserta telah sempat bergambar kenang-kenangan dikawasan ini. Sebelum pulang para peserta telah diberikan sijil kehadiran oleh Taman Negara Johor sebagai pengesahan bahawa mereka telah berjaya menjejak kaki ke tanah penghujung benua asia. Satu lagi kejayaan telah tercipta untuk KPLI Pemulihan Khas! Jika orang lain sibuk ke Kutub Utara, Puncak Everest, ke Angkasa Lepas dan tempat-tempat lain yang menelan belanja berjuta-juta ringgit duit rakyat, anda juga tidak kurang hebatnya kerana telah menakluk tanah penghujung benua Asia. Tahniah sekali lagi!

*Foto : Dari kiri, Fakhrul, Hisyam dan cucu Pn. Mahmudah

1 Response to "KO & Pengerusi 13 Mei 1969 Melawat "Penghujung Benua Asia""

  1. Anonymous Says:

    Saya selaku Ketua AJK 13 Mei 1969 mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Syarikat Mudah Clean Ent kerana menaja lawatan kami ini.
    Terima kasih daun keladi, lain kali boleh belanja lagi. :-D