MUAR 7 Jun - Jika pada minggu lepas Anwar Fathi telah pun melangsungkan majlis persandingan kini giliran calon yang baru. Memperkenalkan pangkat baru untuk Alin kita yang telah diangkat menjadi "Puan Alin" kini. Tahniah Alin, Selamat Pengantin Baru diucapkan semoga mahligai yang dibina berkekalan dan aman sentosa selamanya.
Seperti minggu sudah, Hamdi dan keluarga telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis persandingan si pengantin di Muar. Mereka sekeluarga telah selamat tiba pada jam 3:00 petang diiringi dengan cuaca cerah menyambut ketibaan mereka. Setibanya disana kedua-dua mempelai baru sahaja memulakan upacara menepung tawar. Pengantin yang berbaju kuning keemasan nampak begitu anggun duduk bersanding bersama suami yang tidak kurang machonya.
Selesai upacara menepung tawar majlis diteruskan dengan upacara makan "berdamai". Bila masa pulak diorang ni berperang tiba-tiba aje terus makan berdamai. Ooo..adatla katakan. Teruskan lagi...
Sedang sibuk-sibuk makan juadah yang disediakan abang Alin iaitu Zuwairi datang duduk semeja sambil menegur. Nak dijadikan cerita si Hamdi ni layan la abang dia ni. Pehhh... terkejut bercampur terpinga-pinga. Kenapa? Abang si Alin ni rupa-rupanya sama-sama belajar dengan si Hamdi ni kat UTM dulu. Sama pulak kursusnya. Kelas aje lain. Tak dinafikan pada mulanya memang si Hamdi ni tak berapa cam abang Alin ni. Lama kelamaan baru la perasan itu pun nama dia tak berapa ingat. Dah balik rumah semak-semak balik nostalgia lama baru la ingat siapa dia la abang Alin ni. "Minta maaf yek Zuwairi aku lupa kau la masa majlis hari tu. Nanti aku hubungi kau yek".
Sebelum pulang seperti biasa Hamdi dan keluarga terus bersua dengan pasangan pengantin untuk mengucapkan tahniah. Seterusnya bersalaman dengan ibubapa pengantin dan terus pulang. Tahniah sekali lagi buat Alin dan Suami, kami rakan-rakan KPLI Pemulihan mengucapkan Selamat Pengantin Baru.
Info : 07 Jun juga merupakan ulangtahun perkahwinan Hamdi dan Roslida (Isteri). Tahun depan boleh sambut ulangtahun perkahwinan sama-sama.
SELESA JAYA (JB) 31 Mei - Pada hari ini bermulalah detik baru dalam hidup rakan kami Anwar Fathi Burhanuddin yang telah melangkah ke alam rumah tangga bersama teman hidup pilihan. Keadaan cuaca yang cerah seakan-akan merestui majlis mempelai perempuan yang diadakan di dewan raya Bandar Baru Selesa Jaya, Johor Bahru.
Hamdi serta keluarga telah berkesempatan untuk menghadiri majlis persandingan yang diadakan. Walaupun tiba agak lewat iaitu kira-kira dalam jam 4:00 petang, masih ramai lagi tetamu yang baru hadir. Ketibaan Hamdi dan keluarga tidak disedari oleh si pengantin memandangkan mereka sedang sibuk bergambar. Berbagai-bagai aksi dapat disaksikan oleh para tetamu. Selesai makan dan minum, Hamdi terus mendapatkan pengantin lelaki untuk mengucapkan tahniah. Hah! baru terkejut si pengantin lelaki, Hamdi dan keluarga datang tapi dia tak perasan.
Sebelum pulang, Hamdi berkesempatan bersalaman dengan bapa pengantin perempuan. "Saudara ni pensyarah Anwar di Batu Pahat ke?". Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut bapa pengantin perempuan. Terkejut? Mau tak! "Taklah pakcik, rakan sekelas aje bukan pensyarah dia". Mungkin sebab muka dah tua lepastu bawa anak-anak lagi tu yang nampak gaya-gaya pensyarah.
Walau apa pun TAHNIAH kepada Anwar Fathi. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga bila-bila. Kami semua rakan-rakan KPLI Pemulihan Khas mengucapakan Selamat Pengantin Baru.
