SELESA JAYA (JB) 31 Mei - Pada hari ini bermulalah detik baru dalam hidup rakan kami Anwar Fathi Burhanuddin yang telah melangkah ke alam rumah tangga bersama teman hidup pilihan. Keadaan cuaca yang cerah seakan-akan merestui majlis mempelai perempuan yang diadakan di dewan raya Bandar Baru Selesa Jaya, Johor Bahru.
Hamdi serta keluarga telah berkesempatan untuk menghadiri majlis persandingan yang diadakan. Walaupun tiba agak lewat iaitu kira-kira dalam jam 4:00 petang, masih ramai lagi tetamu yang baru hadir. Ketibaan Hamdi dan keluarga tidak disedari oleh si pengantin memandangkan mereka sedang sibuk bergambar. Berbagai-bagai aksi dapat disaksikan oleh para tetamu. Selesai makan dan minum, Hamdi terus mendapatkan pengantin lelaki untuk mengucapkan tahniah. Hah! baru terkejut si pengantin lelaki, Hamdi dan keluarga datang tapi dia tak perasan.
Sebelum pulang, Hamdi berkesempatan bersalaman dengan bapa pengantin perempuan. "Saudara ni pensyarah Anwar di Batu Pahat ke?". Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut bapa pengantin perempuan. Terkejut? Mau tak! "Taklah pakcik, rakan sekelas aje bukan pensyarah dia". Mungkin sebab muka dah tua lepastu bawa anak-anak lagi tu yang nampak gaya-gaya pensyarah.
Walau apa pun TAHNIAH kepada Anwar Fathi. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga bila-bila. Kami semua rakan-rakan KPLI Pemulihan Khas mengucapakan Selamat Pengantin Baru.
Posted by
AMD
| Posted in
Berita Umum

June 08, 2009
Tahniah kepada Anwar Fathi. Moga bahagia bersama ke akhir hayat.
Dan terima kasih juga buat Encik Hamdi yang berkesempatan pergi ke kenduri tersebut. Setidak-tidaknya mewakili budak2 Pemulihan Khas IPTHO. :-D