rss

Penempatan Guru KPLI 2009

Posted by AMD | Posted in

IPTHO, 11 Nov - Dalam kesibukkan guru pelatih menjalani Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia yang telah bermula dari 06 hingga 25 Novermber ini, ada yang telah mula risau. Mana tak risau. Pelbagai hebahan didengar tentang tarikh penempatan guru KPLI tahun ini. Ada yang kata 09 Nov (Isnin) yang lalu, ada yang kata 16 Nov. dan ada yang kata 20 Nov. Pehh...ada yang sungguh-sungguh buka laman web itu dan ini setiap hari!!!. Rajin tu...

Pada hari ini, selepas menggunakan sumber-sumber kabel yang ada dan teknologi wifi yang ada, secara terus menerus dari KPM, kami mempersembahkan sedikit bentuk laman web penempatan guru KPLI 2009 kepada anda. Nantikan kemunculan rekabentuk yang lain pada akan datang. Nak URL lengkap..Nanti....Tunggguuuu....Sabarrrr....Periksa blog ini setiap hari untuk kemaskini terkini.


Karnival Trek & Padang IPTHO 2009

Posted by AMD | Posted in

IPTHO 15 Okt. - Telah berlangsung dengan jayanya karnival trek dan padang IPTHO 2009. Acara dimulakan pada sebelah pagi dengan acara saringan olahraga. Bermula pada jam 8.00 pagi - 10.00 pagi. Turut diselitkan pada sebelah pagi acara sukaneka pra-sekolah IPTHO. Tahniah kepada yang menjayakannya.

Pada sebelah petang lebih kurang jam 2.30 petang, acara pembukaan telah dimulakan. Karnival ini telah disempurnakan pembukaannya oleh Tuan Pengarah. Terima kasih kepada Tuan Pengarah kerana meluangkan masa ke karnival ini.

Acara perasmian dimulakan dengan acara perbarisan badan-badan beruniform dan rumah sukan. Segak, bergaya dan penuh warna-warni itulah yang dapat digambarkan. Pelatih KPLI-Pemulihan Khas telah dipertanggungjawab sebagai petugas BSMM menjaga hal ehwal kecemasan yang berlaku sepanjang acara. Bantuan telah diberikan kepada yang memerlukan dan satu kes agak kritikal telah dapat ditangani. Tahniah KPLI-Pemulihan atas jasa bakti anda! Anda semua memang pasti yang terbaik kerana membantu yang memerlukan adalah tugas anda pada hari tersebut...









From IPTHO 2009


Yea..Selamat Pengantin Baru Untuk Alin

Posted by AMD | Posted in

MUAR 7 Jun - Jika pada minggu lepas Anwar Fathi telah pun melangsungkan majlis persandingan kini giliran calon yang baru. Memperkenalkan pangkat baru untuk Alin kita yang telah diangkat menjadi "Puan Alin" kini. Tahniah Alin, Selamat Pengantin Baru diucapkan semoga mahligai yang dibina berkekalan dan aman sentosa selamanya.

Seperti minggu sudah, Hamdi dan keluarga telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis persandingan si pengantin di Muar. Mereka sekeluarga telah selamat tiba pada jam 3:00 petang diiringi dengan cuaca cerah menyambut ketibaan mereka. Setibanya disana kedua-dua mempelai baru sahaja memulakan upacara menepung tawar. Pengantin yang berbaju kuning keemasan nampak begitu anggun duduk bersanding bersama suami yang tidak kurang machonya.

Selesai upacara menepung tawar majlis diteruskan dengan upacara makan "berdamai". Bila masa pulak diorang ni berperang tiba-tiba aje terus makan berdamai. Ooo..adatla katakan. Teruskan lagi...

Sedang sibuk-sibuk makan juadah yang disediakan abang Alin iaitu Zuwairi datang duduk semeja sambil menegur. Nak dijadikan cerita si Hamdi ni layan la abang dia ni. Pehhh... terkejut bercampur terpinga-pinga. Kenapa? Abang si Alin ni rupa-rupanya sama-sama belajar dengan si Hamdi ni kat UTM dulu. Sama pulak kursusnya. Kelas aje lain. Tak dinafikan pada mulanya memang si Hamdi ni tak berapa cam abang Alin ni. Lama kelamaan baru la perasan itu pun nama dia tak berapa ingat. Dah balik rumah semak-semak balik nostalgia lama baru la ingat siapa dia la abang Alin ni. "Minta maaf yek Zuwairi aku lupa kau la masa majlis hari tu. Nanti aku hubungi kau yek".

Sebelum pulang seperti biasa Hamdi dan keluarga terus bersua dengan pasangan pengantin untuk mengucapkan tahniah. Seterusnya bersalaman dengan ibubapa pengantin dan terus pulang. Tahniah sekali lagi buat Alin dan Suami, kami rakan-rakan KPLI Pemulihan mengucapkan Selamat Pengantin Baru.

Info : 07 Jun juga merupakan ulangtahun perkahwinan Hamdi dan Roslida (Isteri). Tahun depan boleh sambut ulangtahun perkahwinan sama-sama.


Selamat Pengantin Baru Anwar Fathi!

Posted by AMD | Posted in

SELESA JAYA (JB) 31 Mei - Pada hari ini bermulalah detik baru dalam hidup rakan kami Anwar Fathi Burhanuddin yang telah melangkah ke alam rumah tangga bersama teman hidup pilihan. Keadaan cuaca yang cerah seakan-akan merestui majlis mempelai perempuan yang diadakan di dewan raya Bandar Baru Selesa Jaya, Johor Bahru.

Hamdi serta keluarga telah berkesempatan untuk menghadiri majlis persandingan yang diadakan. Walaupun tiba agak lewat iaitu kira-kira dalam jam 4:00 petang, masih ramai lagi tetamu yang baru hadir. Ketibaan Hamdi dan keluarga tidak disedari oleh si pengantin memandangkan mereka sedang sibuk bergambar. Berbagai-bagai aksi dapat disaksikan oleh para tetamu. Selesai makan dan minum, Hamdi terus mendapatkan pengantin lelaki untuk mengucapkan tahniah. Hah! baru terkejut si pengantin lelaki, Hamdi dan keluarga datang tapi dia tak perasan.

Sebelum pulang, Hamdi berkesempatan bersalaman dengan bapa pengantin perempuan. "Saudara ni pensyarah Anwar di Batu Pahat ke?". Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut bapa pengantin perempuan. Terkejut? Mau tak! "Taklah pakcik, rakan sekelas aje bukan pensyarah dia". Mungkin sebab muka dah tua lepastu bawa anak-anak lagi tu yang nampak gaya-gaya pensyarah.

Walau apa pun TAHNIAH kepada Anwar Fathi. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga bila-bila. Kami semua rakan-rakan KPLI Pemulihan Khas mengucapakan Selamat Pengantin Baru.


KO & Pengerusi 13 Mei 1969 Melawat "Penghujung Benua Asia"

Posted by AMD | Posted in

TANJUNG PIAI 10 Mei - Siapa sangka tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Siapa yang tahu! Begitulah adanya. Selepas tersebar seantero dunia berita kejayaan KPLI Pemulihan Khas meraih pelbagai kemenengan sempena Hari Aprisiasi Patriotisme dan Kenegaraan IPTHO 2009, pelbagai pihak telah hadir untuk memberi ucap tahniah. Syarikat Mudah Clean Enterprise milik Pn. Mahmudah yang beroperasi di Pontian telah berbesar hati untuk menaja 2 orang wakil KPLI Pemulihan Khas untuk lawatan ke Penghujung Benua Asia. Mereka yang terpilih adalah tidak lain tidak bukan Ketua Opsyen YB. En. Hisyam dan Y.Berusaha En. Fakhrul Anwar sebagai ketua AJK 13 Mei 1969.

Lawatan yang diadakan pada 10 Mei bersamaan dengan sambutan hari ibu ini telah membawa para peserta ke Tanjung Piai yang merupakan tanah paling hujung benua asia. Pengalaman pertama mereka ke sini telah serba sedikit menjakunkan diri mereka kerana kebiasaanya laut ada pasir tapi di Tanjung Piai hanya lumpur dan bakau sahaja. Keindahan flora dan fauna telah memikat hati para peserta yang terpaksa berjalan kaki hampir 3km menyusuri hutan paya bakau diselang seli dengan kelibat haiwan-haiwan sekitar seperti ikan tembakul, mawas, kera, ketam, anak-anak ikan dan pelbagai hidupan lain.

Di lokasi penghujung benua asia ini diadakan satu kawasan khas yang menandakan kawasan tersebut adalah penghujung. Jika anda terus juga akan terus masuk laut. Terdapat sebuah globe besar yang dipamerkan disini. Perserta telah sempat bergambar kenang-kenangan dikawasan ini. Sebelum pulang para peserta telah diberikan sijil kehadiran oleh Taman Negara Johor sebagai pengesahan bahawa mereka telah berjaya menjejak kaki ke tanah penghujung benua asia. Satu lagi kejayaan telah tercipta untuk KPLI Pemulihan Khas! Jika orang lain sibuk ke Kutub Utara, Puncak Everest, ke Angkasa Lepas dan tempat-tempat lain yang menelan belanja berjuta-juta ringgit duit rakyat, anda juga tidak kurang hebatnya kerana telah menakluk tanah penghujung benua Asia. Tahniah sekali lagi!

*Foto : Dari kiri, Fakhrul, Hisyam dan cucu Pn. Mahmudah


Bersama Johan Pameran Patriotisme Dan Kenegaraan

Posted by AMD | Posted in

IPTHO 30 April - Kami telah mendapatkan hak perdana mewancara ketua kumpulan merangkap pengerusi Jawatankuasa 13 Mei 1969 yang merupakan johan pameran. Tuan Fakhrul Anwar telah sudi untuk diwawancara tetapi hanya untuk 45 saat. Ini memandangkan beliau sedang sibuk bergegas ke kelas dan perlu menyiapkan pelbagai tugasan yang datang dari pelbagai penjuru.

Dalam tempoh 45 saat yang diberikan, beliau hanya banyak berdiam diri dan hanya menyebut lawatilah blog saya untuk maklumat lanjut. Kepada anda yang inginkan maklumat lanjut berkenaan perasaan dan strategi pasukan Tuan Fakhrul Anwar sila lawati blog beliau di www.cikgufais.wordpress.com.

Beliau juga sempat melafazkan 3-7 kata akhir bahawa kemenangan yang diperolehi adalah kemenangan semua pelajar KPLI Pemulihan Khas dan bukan sahaja pasukan 13 Mei 1969. Perpaduan yang ditunjukkan dikalangan pelajar KPLI Pemulihan Khas banyak menyumbang kepada kejayaan yang dicapai.

Dan sebagai bonus anda boleh melayari lawan web hasil daripada pameran yang disertai di www.13mei1969.info.

* Foto : Kumpulan KPLI Pemulihan Khas di Bilik Pameran Yang Telah Menjadi Johan Pameran Patriotisme dan Kenegaraan IPTHO 2009.


Kejayaan Tercipta Sekali Lagi!

Posted by AMD | Posted in

IPTHO 29 April - Selepas kejayaan menggondol tempat ke-3 untuk acara persembahan malam apreasasi patriotisme dan kenegaraan, KPLI Pemulihan Khas mencipta sekali lagi kejayaan yang mengegarkan seluruh warga IPTHO.

Dari bilik berita 06-332 melaporkan, KPLI Pemulihan Khas telah berjaya menjadi JOHAN untuk acara Pameran Patriotisme dan Kenegaraan yang berlangsung dari 27 - 29 April 2009. Tidak cukup dengan menjadi johan KPLI Pemulihan Khas turut telah merebut tempat ke-5 bagi bilik pameran ke-2

KPLI Pemulihan telah menghantar dua penyertaan untuk Pameran Patriotisme dan Kenegeraan kali ini. Pameran bertajuk 13 Mei 1969 telah menggondol tempat pertama dan pameran bertajuk Dasar Pendidikan Negara telah berjaya mendapat tempat ke-5. Sebanyak 24 bilik pameran telah dipertandingkan dan 5 tempat terbaik adalah milik KPLI Pemulihan Khas.


Senarai Pemenang Pameran Patriotisme dan Kenegaraan IPTHO 2009

1. 13 Mei 1969 - KPLI Pemulihan Khas
2. xxxx - KPLI
3. xxxx - KPLI
4. xxxx - KPLI
5. Dasar Pendidikan Negara - KPLI Pemulihan Khas

*Foto: Pengerusi Pasukan 13 Mei 1969 KPLI Pemulihan Khas Tersenyum Puas Menerima Trofi Kejohonan Daripada Pengarah IPTHO. Terima Kasih Tn. Hj.


Anugerah Persembahan Malam Apresiasi Patriotisme IPTHO

Posted by AMD | Posted in

IPTHO 28 April - Malam penuh gilang gemilang bagi menjayakan Persembahan Apresiasi Patriotisme Kenegaraan 2009 telah berjaya diadakan. Seluruh warga IPTHO khususnya para pelajar KPLI telah membanjiri Balai Siswa untuk menyaksikan acara pada malam ini. Gamat dengan persembahan kreatif para peserta yang menonjolkan pelbagai bentuk persembahan. Dimonopoli oleh persembahan berbentuk nyanyian dan koir. Segelintir sahaja yang mempersembahkan persembahan berbentuk sajak, syair dan lakonan.

Sebanyak 11 pasukan telah mengambil bahagian. Tempat pertama disandang oleh KPLI Pendidikan Jasmani, Ke-2 tak ingat dan tempat ke-3 tak lain dan tak bukan disandang oleh KPLI Pemulihan Khas. Tahniah kepada KPLI Pemulihan Khas, anda semua telah membuktikan sekali lagi bahawa anda merupakan pasukan elit yang tiada tandingan. Kami dari bilik berita 06-332 mengucapkan tahniah atas kejayaan anda.

*Gambar menunjukkan salah satu babak dalam pementasan kumpulan KPLI Pemulihan Khas. Dengan penuh kebengisan 3 orang Jepun bersama 1 orang tali barut telah meratah seorang pakcik tua yang mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel. Isteri dia comel jugak! Disebabkan pakcik tua itu menyimpan radio dirumah, hukuman bunuh yang dirasmikan oleh Jeneral Jepun yang berbadan besar telah dianugerahkan. Padan muka pakcik tu. Dia mati dalam keadaan maha dahsyat akhirnya.


Negara Akan Menyambut Perayaan Baru Tahun Hadapan! Yahooo..

Posted by AMD | Posted in

Seluruh masyarakat pada hari ini menyambut hari pekerja @ hari buruh. Negara kita memang terkenal dengan pelbagai sambutan untuk meraikan pelbagai sambutan. Kini sekali lagi masyarakat seluruh negara dianugerahkan dengan satu lagi sambutan perayaan yang baru dan semestinya CUTI BERGAJI akan diberikan kepada yang layak.

Dari bilik berita 06332 melaporkan bahawa mulai tahun hadapan seluruh masyarakat akan menyambut perayaan ulangtahun blog 06332. Sambutan ulang tahun yang jatuh pada tanggal 1 Mei akan disambut oleh seluruh masyarakat bagi mengingati detik bersejarah negara iaitu tarikh perasmian laman blog 06332. Diharap dengan cuti yang diberi, seluruh masyarakat dapat bersama-sama bergembira menyambutnya.

Tahniah buat blog 06332 yang lahir pada hari ini. Moga laporan-laporan mutakhir akan menyusul selepas ini akan menjadi tatapan seluruh warga masyarakat.